alternative

Sejarah Ringkas dan Latar Belakang

Majlis Daerah Keningau ditubuhkan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan Tempatan1961 dan mula beroperasi sebagai Pihak Berkuasa Tempatan pada 01hb. Januari 1962 dengan berpandukan fungsi-fungsinya di bawah Suratcara Majlis untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk pekan Keningau yang pada masa itu hanyalah sebuah pekan yang kecil dengan keluasan perkadaran ( Township ) Majlis 531 ekar, Apin-Apin 4 ekar, dan Bingkor 5 ekar sahaja. Ahli Majlis yang dilantik seramai 14 orang sementara kakitangan Majlis hanya 15 orang yang mengurus dan mentadbir Majlis Daerah Keningau dengan jumlah pintu kedai pada masa itu hanya 24 pintu kedai papan sahaja. Selapas beberapa puluh tahun berlalu, kini Pekan Keningau mempunyai 968 unit pintu kedai komersial dan industri dalam perkadaran majlis dengan reka bentuk moden yang terdapat di 26 lokasi Pekan Keningau yang dimajukan oleh pihak-pihak pemaju tempatan Keningau. Dengan pertambahan jumlah bangunan kedai dan keluasan kawasan perkadaran daripada 531 ekar kepada 3,390 ekar yang telah diluluskan pada 18.01.2004 dengan anggaran penduduk 30,000 orang maka beban dan tugas Majlis Daerah Keningau semakin bertambah, terutamanya di dalam usahanya untuk menjadikan bandar Keningau sebagai bandar yang bersih, indah, selesa dan selamat untuk didiami. Daripada keluasan 3,390 ekar Kawasan Operasi Bandar Keningau, jumlah bilangan unit kedai, tanah serta rumah persendirian dalam kawasan operasi ini lah Majlis mendapat sumber hasil kewangan melalui bayaran cukai-cukai pintu, cukai sas tanah serta lesen- lesen perniagaan Majlis, termasuk lah  pembayaran denda-denda (fines), kompaun (compounds), caj-caj (charges), sewa (rents) dan fee yang dikenakan dibawah Undang-Undang Kecil Majlis/Ordinan dan dibawah Undang-Undang Kecil seperti Anti-Litter By-Laws 1984, Conservancy and Hygiene 1984 dan Building By-Laws 1983. Pekan Keningau     Keluasan Perkadaran -  3,990. ekar   Bilangan Penduduk - 30,000 orang Bangunan Komersial - 773 buah Bangunan Industrial - 147 buah Bangunan Perumahan (dalam perkadaran) - 2,917 buah Bangunan Perumahan (luar perkadaran) - 624 buah     Pekan Kecil Bingkor   Keluasan Perkadaran - 4 ekar Bilangan Penduduk - 635 orang Bangunan Perumahan - 130 buah     Pekan Kecil Apin-Apin   Keluasan Perkadaran - 5 ekar Bilangan Penduduk - 275 orang Bilangan Bangunan - 55 buah     Pekan Kecil Sook  Keluasan Perkadaran - 586 ekar (belum gezet)